Blossom...

Exploring chances, introducing changes..

Saturday, January 06, 2007

Posted by siraj on November 18, 2006 at 10:02:44:

Apabila bercakap soal wanita solehah, terbayang di ruang mata seorang wanita yang ikhlas beribadah padaNYA,tersusun tutur bicara,wajahnya tenang menenangkan jiwa, akhlaknya tertib dan sopan..segalanya indah di pandang dunia..SUBHANALLAH..
Apabila bercakap tentang kasih sayang sejati..orang lebih cenderung memperkatakan tentang kasih sayang ‘ummi’,ibu,emak,’amma’,mummy dan sebagainya..
Bila bercakap tentang ‘pisau cukur’ orang lebih terdedah nak kaitkan dengan wanita yang boros yang sering menjahanamkan hidup lelaki..
Hakikatnya dalam Islam, BERBEZA.. wanita mempunyai martabat yang tinggi.. Cahaya Islam menyinari kehidupan suram wanita..AdDeen ini memberi ruang kehidupan dan kemuliaan kepada wanita..Secara jelas keadilan Islam dijalankan ke atas wanita samada dari sudut kekeluargaan, hak bersuara,ekonomi dan sebagainya. Kalaulah wanita diabaikan, tak akan ada ayat At Tanzil yang menerangkan kebersamaan wanita dalam dunia ini Di sana, terdapat perbincangan ulama dalam munaqasyah fiqhiyah yang membincangkan tentang wanita..yang hasilnya ialah untuk membantu kehidupan muslimat mengorak langkah nya…jadi jelas disini, Islam tempat wanita berlindung..
Keterlibatan wanita secara epilognya boleh disusuri dalam Sejarah Agung Nabawi. Tatkala Asma’ diminta menjadi budak suruhan menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya di Gua Thur..tidakkah ada sumbangan wanita di situ??? Selain itu, kehadiran Siti Khadijah sebagai pembakar semangat Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu..ketenangan wanita menjadikan Rasulullah SAW rasa tenang dalam menyusur langkah berjumpa dengan Waraqah bin Naufal..selain itu keceriaan Saidatina Aisyah sebagai suri hidup Rasulullah selepas pulangnya Saidatina Khadijah kepada Rabbul Jalil membuktikan pengiktirafan wujudnya wanita dalam kehidupan…
Wanita era 40-60’an.. kehidupan ramaja mereka berbeza dengan kita sekarang..Jikalau sekarang kita pada usia 20 tahun sering kelihatan mengkelek buku menuju ke kuliah tetapi wanita di ‘zaman komunis’ ini lebih selesa dan sinonim dengan mendukung anak sambil memasak di dapur..siapakah mereka??nenek moyang kita..kita adalah warisan mereka..tahun bertambah dan gaya hidup berubah..
Zaman 70’an..wanita masa kini terdedah dengan gaya ‘Agogo’..kalau bertudung pun, mesti ada jambul sikit depan tue..jangan pelik,gaya itu masih diteruskan oleh ‘pecinta-pecinta’ budaya kita yang kini menjawat jawatan tinggi..katanya itulah cara dia mengakui dirinya sebagai orang Islam…moga-moga dipermudahkan segala urusan hidupnya..wanita,wanita..
Zaman 90’an. Zaman tercetusnya ilham Wawasan 2020..zaman ini masyarakat sudah mula dahagakan agama..dan kesederan mempelajari agama meningkat waktu ini. Banyak rakyat Malaysia yang pulang dari Bumi Anbiya’ pulang ke Malaysia dan membuka pondok-pondok ilmiah..selain itu, masjid dihidupkan malamnya dengan kuliah ilmu..kesedaran pihak penyiaran menyiarkan azan ketika masuk waktu azan memberikan kesan dalam masyarakat..
Zaman ditelan zaman..kehidupan berubah..isu kesaksamaan gender menjadi perbualan..wanita,wanita…hakikat kejadian kita- ikmal takmil..wanita-anugerah dan perhiasan duniawi..kita berbeza dengan kaum adam..wanita, dirimu begitu berharga..kepada muslimah seantereo dunia, terutamanya yang membaca tulisan ini..ayuh, kita bina qeemah(nilai) muslimah idaman..kita hadir dikalangan ummah sebagai penenang dan pemberi peransang.. memberi irsyad dan sidqie berteraskan disiplin ilmu..sama-sama kita maknakan kehidupan an nisa’ dengan berjuang di jalanNYA..

Malumu bernilai,
Katamu berhikmah,
Hatimu tulus suci dan murni..

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Annisa’, dikau insan unik. Bersyukurlah dengan nikmatNYA..

-Siraj-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home