Blossom...

Exploring chances, introducing changes..

Wednesday, June 20, 2007

Pengorbanan Seorang Wanita



" Dik, penat sebenarnya kerja begini," sayu suara Kak Esah setelah usai kerja-kerja rumah yang sudah dilakukan di kediaman Pn Seri. Anak Puan Seri, Rina cuma mengangguk perlahan. Sayu barangkali atas kegigihan Kak Esah mencari rezeki walau bukan di tanah airnya sendiri. "Tapi sebab nak cari duit dik, kalau tidak tak makanlah akak," sambungnya lagi.

Kak Esah yang merantau dari Indonesia melakukan kerja-kerja membersihkan rumah sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya. Dengan hanya berbasikal, dia memulakan tugasnya seawal jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Kadang-kadang jika khidmatnya masih diperlukan, dia akan menyambung tugasnya pada waktu petang pula. Kak Esah akan mengelap, mop lantai, membersihkan tandas, dan melakukan semua kerja rumah yang biasa dilakukan. Jika kita seorang yang akan melakukan semua kerja rumah dari luar rumah hinggalah ke dalam rumah dalam masa 5 jam, rasanya tak termampu kita nak lakukan semua itu. Tetapi tidak bagi Kak Esah, demi mencari rezeki, digagahinya juga tulang empat kerat wanitanya untuk melakukan semua itu.

"Dik, akak nak balik dah," ujar Kak Esah. "Eh, minumlah dulu,kak," Rina mempelawa. "Tak apa, balik nanti akak minumlah," Kak Esah membalas dengan senyuman. "Em, ye ke? Akak, ni ibu kasi untuk akak. Terima kasih banyak-banyak ye kak untuk hari ni," Rina menghulurkan wang berjumlah RM35 yang dikirim ibunya buat Kak Esah. Terserlah keceriaan pada wajah Kak Esah. Bersyukur dia atas rezeki yang dianugerahkan Tuhan pada hari ini.

Itu cerita Kak Esah, yang diselami oleh Rina di tengah-tengah kesibukan hidup di bandaraya. Bagaimana dengan kisah orang lain? Kisah seorang wanita yang mencari sesuap rezeki tanpa dapat dipastikan apakah dia beroleh rezeki pada keesokan harinya? Tetapi KETABAHAN dan KECEKALAN dalam menongkah arus kehidupan memberikan KEKUATAN yang luar biasa yang kadang kala mengatasi jiwa kental seorang yang bernama lelaki!

Wanita, insan yang hebat yang dikurniakan Allah sifat kesabaran yang tinggi.
Tak perlu ingin menjadi lelaki atau melakukan semua kerja seperti lelaki; kerana indahnya wanita ciptaan Allah hinggakan kuasa wanita dapat menundukkan seorang insan yang bernama LELAKI!

Friday, February 09, 2007

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya berkesempatan nak mengomen kata-kata pendahuluan dr Sis Zarinah dalam majalah Baraza, majalah rasmi Sisters in Islam. Bukan majalah sebenarnya, tapi newsletter- lebih kurang risalah.

Saya tak pernah berjumpa dengan literasi sejarah yang menceritakan tentang Sukayna bt Hussein, anak kepada cucu Rasulullah s.a.w, tapi memandangkan saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak tetapi saya cuma nak 'highlight' apa yang saya rasakan tersasar.. saya tak akan bahaskan tentang sukayna bagi mengelakkan penyebaran sebarang fitnah.. cuma satu perkara, bila saya 'search' dalam internet untuk 'sukayna bt hussein' mahupun 'sukaina bt hussein' mahupun 'sukaina bt hussin' dan nama-nama yang hampir, kecewanyanya, hanya artikel dari SIS yang terpampang di skrin komputer. Isunya? SIS menggunakan 'ikon' Sukayna bagi menguatkan hujjah mereka tentang ta'lik.

Bagi memendekkan cerita yang agak menjela-jela, SIS mengambil Sukayna menjadi idol mereka. Bukan Sukayna yang nak dibahaskan disini, tetapi ciri-ciri wanita idaman SIS yang akan didiskusikan. tentunya dimanifestasikan dalam diri Sukayna..

OK, jom kita lihat satu persatu- kebebasan, kebijaksanaan, kecantikan..

independence, intelligence, beauty and wit. She debated with powerful men about political and social issues of the day, and spurned their offers of marriage. She pursued her literary interests, and hosted poets and literary figures in her home. She was married several times and was famed for her marriage contracts, which stated among other things that she would not obey her husband, she had total control of her life and that her husband shall not commit polygamy. If her husband were to renege on any of the conditions, she stipulated that he would be compelled to divorce her at her wish.

Saya tak nafikan ciri-ciri yang 'diimpikan' oleh SIS menunjukkan woman power. Tapi ingatlah, wanita diciptakan berbeza dari lelaki. Tak salah untuk menjadi bijak, untuk menjadi cantik, untuk menjadi bebas.. tapi apakah satu kebanggaan bagi seorang wanita untuk 'memiliki kontrak perkahwinan yang menyatakan dirinya tak akan mentaati suami, memiliki 'total control' terhadap kehidupannya? (walaupun memang BEST kalau buat perjanjian suami tak boleh berpoligami(",) Apakah ini harga diri seorang wanita?

Dalam satu hadith Rasulullah menyatakan bahawa "Dunia ini perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah." Bayangkan jika kaum Adam mempersoalkan "Kenapa lelaki soleh tak boleh jadi perhiasan?" (ni nak merampas keistimewaan wanita ni huhu)Dan kenapa wanita dikategorikan sebagai perhiasan? Status wanita ni setakat barang untuk memuaskan nafsu?

Wanita dan lelaki diciptakan dalam fitrah saling melengkapi. Kalaulah orang membayangkan lelaki berkuasa keatas wanita, pandangan tu boleh dikatakan HAMPIR silap. Sebabnya, bila kita lihat kembali, sekuat mana pun lelaki, akhirnya kehidupannya dikuasai wanita. Saya tak katakan perkara ni hanya tertumpu pada wanita pisau cukur yang sentiasa mencukur harta suaminya. Wanita berbekalkan senjata yang lengkap (pujuk rayu= sniper, kemanjaan= tank, kelembutan= firearm dsb) mampu membuatkan kaum lelaki tunduk pada kemahuannya. Tetapi wanita juga ada kelemahannya seperti mudah dikuasai emosi. Mungkin disinilah kelebihan seorang lelaki perlu dipergunakan dan dimanipulasi untuk menutup kelemahannya.

tapi, kenapa masih ada wanita yang memerjuangkan supaya bila seorang lelaki diberikan kemeja, seorang wanita juga mesti diberikan kemeja. Bila seorang ibu diberikan kain 4 meter untuk tempah baju kurung, anaknya yang berumur 2 tahun juga mesti diberikan kain 4 meter untuk membuat baju kurungnya pula.. Ramai yang masih keliru dengan konsep kesama rataan dan keadilan...

Thursday, February 01, 2007


Dimana cantiknya seorang puteri??

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu- malu memberikan kerlingan manja.Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu- jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh memukau sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita.Malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita. Andalah wanita-wanita itu, puteri-puteri Islam. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan anda wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam, bibir akan gersang, lipatan kedut di pipi semakin jelas, rambut diwarnai keputihan uban, gigi yang tersusun indah semakin tiada,suara yang manja akan garau, dan langkahmu semakin lemah. Namun satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan IMAN , IBADAH & TAQWA.

Saturday, January 06, 2007

Posted by siraj on November 18, 2006 at 10:02:44:

Apabila bercakap soal wanita solehah, terbayang di ruang mata seorang wanita yang ikhlas beribadah padaNYA,tersusun tutur bicara,wajahnya tenang menenangkan jiwa, akhlaknya tertib dan sopan..segalanya indah di pandang dunia..SUBHANALLAH..
Apabila bercakap tentang kasih sayang sejati..orang lebih cenderung memperkatakan tentang kasih sayang ‘ummi’,ibu,emak,’amma’,mummy dan sebagainya..
Bila bercakap tentang ‘pisau cukur’ orang lebih terdedah nak kaitkan dengan wanita yang boros yang sering menjahanamkan hidup lelaki..
Hakikatnya dalam Islam, BERBEZA.. wanita mempunyai martabat yang tinggi.. Cahaya Islam menyinari kehidupan suram wanita..AdDeen ini memberi ruang kehidupan dan kemuliaan kepada wanita..Secara jelas keadilan Islam dijalankan ke atas wanita samada dari sudut kekeluargaan, hak bersuara,ekonomi dan sebagainya. Kalaulah wanita diabaikan, tak akan ada ayat At Tanzil yang menerangkan kebersamaan wanita dalam dunia ini Di sana, terdapat perbincangan ulama dalam munaqasyah fiqhiyah yang membincangkan tentang wanita..yang hasilnya ialah untuk membantu kehidupan muslimat mengorak langkah nya…jadi jelas disini, Islam tempat wanita berlindung..
Keterlibatan wanita secara epilognya boleh disusuri dalam Sejarah Agung Nabawi. Tatkala Asma’ diminta menjadi budak suruhan menghantar bekalan makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya di Gua Thur..tidakkah ada sumbangan wanita di situ??? Selain itu, kehadiran Siti Khadijah sebagai pembakar semangat Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu..ketenangan wanita menjadikan Rasulullah SAW rasa tenang dalam menyusur langkah berjumpa dengan Waraqah bin Naufal..selain itu keceriaan Saidatina Aisyah sebagai suri hidup Rasulullah selepas pulangnya Saidatina Khadijah kepada Rabbul Jalil membuktikan pengiktirafan wujudnya wanita dalam kehidupan…
Wanita era 40-60’an.. kehidupan ramaja mereka berbeza dengan kita sekarang..Jikalau sekarang kita pada usia 20 tahun sering kelihatan mengkelek buku menuju ke kuliah tetapi wanita di ‘zaman komunis’ ini lebih selesa dan sinonim dengan mendukung anak sambil memasak di dapur..siapakah mereka??nenek moyang kita..kita adalah warisan mereka..tahun bertambah dan gaya hidup berubah..
Zaman 70’an..wanita masa kini terdedah dengan gaya ‘Agogo’..kalau bertudung pun, mesti ada jambul sikit depan tue..jangan pelik,gaya itu masih diteruskan oleh ‘pecinta-pecinta’ budaya kita yang kini menjawat jawatan tinggi..katanya itulah cara dia mengakui dirinya sebagai orang Islam…moga-moga dipermudahkan segala urusan hidupnya..wanita,wanita..
Zaman 90’an. Zaman tercetusnya ilham Wawasan 2020..zaman ini masyarakat sudah mula dahagakan agama..dan kesederan mempelajari agama meningkat waktu ini. Banyak rakyat Malaysia yang pulang dari Bumi Anbiya’ pulang ke Malaysia dan membuka pondok-pondok ilmiah..selain itu, masjid dihidupkan malamnya dengan kuliah ilmu..kesedaran pihak penyiaran menyiarkan azan ketika masuk waktu azan memberikan kesan dalam masyarakat..
Zaman ditelan zaman..kehidupan berubah..isu kesaksamaan gender menjadi perbualan..wanita,wanita…hakikat kejadian kita- ikmal takmil..wanita-anugerah dan perhiasan duniawi..kita berbeza dengan kaum adam..wanita, dirimu begitu berharga..kepada muslimah seantereo dunia, terutamanya yang membaca tulisan ini..ayuh, kita bina qeemah(nilai) muslimah idaman..kita hadir dikalangan ummah sebagai penenang dan pemberi peransang.. memberi irsyad dan sidqie berteraskan disiplin ilmu..sama-sama kita maknakan kehidupan an nisa’ dengan berjuang di jalanNYA..

Malumu bernilai,
Katamu berhikmah,
Hatimu tulus suci dan murni..

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah

Annisa’, dikau insan unik. Bersyukurlah dengan nikmatNYA..

-Siraj-