Blossom...

Exploring chances, introducing changes..

Wednesday, June 20, 2007

Pengorbanan Seorang Wanita



" Dik, penat sebenarnya kerja begini," sayu suara Kak Esah setelah usai kerja-kerja rumah yang sudah dilakukan di kediaman Pn Seri. Anak Puan Seri, Rina cuma mengangguk perlahan. Sayu barangkali atas kegigihan Kak Esah mencari rezeki walau bukan di tanah airnya sendiri. "Tapi sebab nak cari duit dik, kalau tidak tak makanlah akak," sambungnya lagi.

Kak Esah yang merantau dari Indonesia melakukan kerja-kerja membersihkan rumah sesiapa sahaja yang memerlukan khidmatnya. Dengan hanya berbasikal, dia memulakan tugasnya seawal jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Kadang-kadang jika khidmatnya masih diperlukan, dia akan menyambung tugasnya pada waktu petang pula. Kak Esah akan mengelap, mop lantai, membersihkan tandas, dan melakukan semua kerja rumah yang biasa dilakukan. Jika kita seorang yang akan melakukan semua kerja rumah dari luar rumah hinggalah ke dalam rumah dalam masa 5 jam, rasanya tak termampu kita nak lakukan semua itu. Tetapi tidak bagi Kak Esah, demi mencari rezeki, digagahinya juga tulang empat kerat wanitanya untuk melakukan semua itu.

"Dik, akak nak balik dah," ujar Kak Esah. "Eh, minumlah dulu,kak," Rina mempelawa. "Tak apa, balik nanti akak minumlah," Kak Esah membalas dengan senyuman. "Em, ye ke? Akak, ni ibu kasi untuk akak. Terima kasih banyak-banyak ye kak untuk hari ni," Rina menghulurkan wang berjumlah RM35 yang dikirim ibunya buat Kak Esah. Terserlah keceriaan pada wajah Kak Esah. Bersyukur dia atas rezeki yang dianugerahkan Tuhan pada hari ini.

Itu cerita Kak Esah, yang diselami oleh Rina di tengah-tengah kesibukan hidup di bandaraya. Bagaimana dengan kisah orang lain? Kisah seorang wanita yang mencari sesuap rezeki tanpa dapat dipastikan apakah dia beroleh rezeki pada keesokan harinya? Tetapi KETABAHAN dan KECEKALAN dalam menongkah arus kehidupan memberikan KEKUATAN yang luar biasa yang kadang kala mengatasi jiwa kental seorang yang bernama lelaki!

Wanita, insan yang hebat yang dikurniakan Allah sifat kesabaran yang tinggi.
Tak perlu ingin menjadi lelaki atau melakukan semua kerja seperti lelaki; kerana indahnya wanita ciptaan Allah hinggakan kuasa wanita dapat menundukkan seorang insan yang bernama LELAKI!

3 Comments:

  • At 10:23 PM, Blogger Nurul Izzatie Aziz,Kedah said…

    muslimat...
    tumpuan hatinya..hanya untuk memperbaiki keterikatan hatinya dengan Allah...ukhwah dengan mak+ayah...ukhwah dengan ummah..
    dan dalam diam...dia ada satu tujuan dan banyak harapan..tujuan nak capai mardhatiLLAH...harapan nak itu, nak ini..
    hanya kerana yakin dan optimis yang kehidupan hanya sementara... dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kan kembali...
    sementara hidup, teman..ayuh..kita untungkan Islam dengan keberadaan kita disini..muslimat..dibahumu ada harapan..
    alwajibat kathir minal auqaat...

     
  • At 10:25 PM, Blogger Nurul Izzatie Aziz,Kedah said…

    muslimat...
    tumpuan hatinya..hanya untuk memperbaiki keterikatan hatinya dengan Allah...ukhwah dengan mak+ayah...ukhwah dengan ummah..
    dan dalam diam...dia ada satu tujuan dan banyak harapan..tujuan nak capai mardhatiLLAH...harapan nak itu, nak ini..
    hanya kerana yakin dan optimis yang kehidupan hanya sementara... dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kan kembali...
    sementara hidup, teman..ayuh..kita untungkan Islam dengan keberadaan kita disini..muslimat..dibahumu ada harapan..
    alwajibat kathir minal auqaat...

     
  • At 6:29 AM, Anonymous Anonymous said…

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Celular, I hope you enjoy. The address is http://telefone-celular-brasil.blogspot.com. A hug.

     

Post a Comment

<< Home