Alin dan Mak Som
Bismillahirrahmanirrahim,
Satu perkara yang tak sepatutnya lahir dari seorang yang lahir dalam masyarakat Melayu, dibesarkan dalam keluarga Melayu (separuh Melayu, boleh lah), disekolahkan di sekolah Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu, bersahabat dengan orang Melayu: kekok menulis dalam bahasa Melayu!
Mungkin boleh salahkan sistem universiti dalam bahasa Inggeris, kuliyyah dalam bahasa Inggeris, buku teks dalam bahasa Inggeris, buku agama dalam bahasa Inggeris, surat khabar dalam bahasa Inggeris dsb. Insan memang suka menunding jari pada pihak lain..
Alhamdulillah, lepas sekian lama ‘dilarikan’ dari arena pencelotehan menerusi pen’taip’an, saya berjaya juga mencuri masa untuk berceloteh kali ni. Memang tak berniat nak berdiam diri (sebab orang yang banyak bercakap memang susah untuk diam), tapi sejak akhir-akhir ni ter’buat-buat’ sibuk dengan macam-macam perkara. Akhirnya lepas mendapat ‘stimuli’ sehingga menyampaikan saya ke aras ‘threshold’, saya ter’uja’ untuk meledakkan satu topik perbincangan.
Beberapa minggu yang lalu, saya ter’hadir’ satu seminar- Selangkah ke arah Memahami Quran dan Sunnah anjuran Karangkraf, Muslim Professionals dan INTIS. Memang kes ‘plagiarism’- tajuk seminar tu sama sebiji dengan sebuah buku yang ada kat rak buku saya.. Mungkin pihak penganjur kekeringan idea..
Jadi, berbalik pada cerita seminar itu, antara pembentang kertas kerja (yang memang stereotaip untuk seminar ASWJ) adalah Dr Asri Zainal Abidin (mufti termuda), Us Adlan (salah seorang penceramah di UIA Kuantan), Ust Fauzi Hj Deraman dan beberapa ustaz lain. Memang terlalu banyak input yang di’enter’ dalam sel-sel neuron otak sehinggakan tenaga yang dimiliki oleh ‘muscle’ jari jemari saya pasti akan habis jika ditaip kesemuanya. Cuma satu perkara yang saya nak sentuh kali ini….
“Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat…” rayu seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Mak Som. Mak Som yang akan menunaikan umrah di Makkah akan berdoa supaya Alin dibuka pintu hatinya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Menurut Mak Som, keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah meyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.
Mungkin ketika membaca ayat ini, anda sudah dapat mengagak isu yang saya cuba ke’selatan’kan (cuba mencipta kelainan sebab penulis lain suka guna ‘keutarakan’). Sebenarnya perenggan di atas saya ‘baca, edit dan taip semula’ dari sebuah majalah (walaupun saya sangat tak suka baca majalah, tapi saya paksa diri untuk menyelami intipati dalam bahan bacaan paling digemari masyarakat kita). Izinkan saya ‘read, edit and retype’ sedikit lagi…
“Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad. Saya telah mendidik anak saya sebagai seorang Islam dan dia masih beragama Islam,” katanya dengan nada sedih.
Ketika saya membaca ayat demi ayat yang menggambarkan kesedihan dan kekecewaan Mak Som, saya tertanya-tanya sendiri bagaimana agaknya ‘didikan agama’ yang diperoleh Alin. Bagaimana agaknya kehidupan Alin sebelum dia meninggalkan Islam? Bagaimana persepsi peribadinya terhadap sistem Islam itu sendiri?
“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin. Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,” jelas Mak Som
Nah, ini jawapan yang saya tercari-cari dalam artikel dengan kepanjangan 1 muka surat. Setiap dari kita mungkin mencipta persepsi berbeza terhadap penjelasan Mak Som. Mungkin ramai yang mengatakan, “Memang salah Alin. Mak dia dah beri didikan agama, tapi dia sendiri yang nak murtad.” Mereka yang lebih cenderung untuk berfikir mungkin mengatakan, “Mana silapnya ya? Didikan agama dah diberi, keluarga pun OK tapi kenapa dia masih murtad?” Atau makcik-makcik kampung mungkin menyuarakan, “Budak bertuah. Dahlah diberi makan dari kecik, anta gi ngaji agama pula. Yasin dah pandai baca, solat terawih pun pernah buat, masih tak sedor-sedor ke?”
Tapi saya mengatakan, “Silapnya pada didikan!” Memang kenyataan ini pahit untuk ditelan, tambah lagi dalam posisi sebagai ibu kepada Alin. Saya langsung tak berniat untuk menimbulkan sebarang konflik atau pertelingkahan, tetapi cuba kita fikir dan kritis perkara ni secara bijaksana. Kerana kita mahasiswa.
MASYARAKAT DALAM KEKELIRUAN!
Bilamana saya menaip kenyataan ini, fikiran saya ligat berputar mengimbau diskusi yang pernah diadakan dalam satu sesi usrah. Pada waktu itu, kami membincangkan kerelevenan dijalankan hukuman hudud. Mungkin ada yang pernah membaca artikel yang saya karang bagi menjawab persoalan “Tidakkah hukum bunuh untuk golongan yang murtad MELANGGAR HAK ASASI DAN KEBEBASAN MANUSIA?”
Ringkasnya, saya berpendapat hukum bunuh tidak boleh diaplikasikan dalam masyarakat Islam hari ini (di lokasi tertentu sahaja. Pandangan saya: Malaysia juga!) Apakah saya menolak hokum yang ditetapkan oleh Allah swt?
Pada waktu itu, saya tak dapat gambarkan bagaimana terkejutnya wajah naqibah mendengar pendapat ini. Sesuatu yang memang saya sudah jangka akan terbit dari mulutnya, “Orang yang menolak hukum Allah ni boleh terbatal Aqidahnya.” Saya cuma sebut “Astaghfirullah, a’uzubillahiminzalik” dalam hati. Dengan panahan kecurigaan begitu tajam lahir dari matanya, menusuk pula hati saya. Saya menjawab, “Cuba kita semua fikirkan mengapa Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa mengatakan orang yang murtad dalam zaman ini tak boleh dibunuh? Sebab MASYARAKAT ISLAM DALAM KEKELIRUAN. Tak perlu kita melihat keadaan di luar Negara, cukuplah di Malaysia. Sebahagian BESAR dari umat Islam tak mewarisi baka Islam yang tulen! Kemurnian agama kita dicemari dengan ENDLESS amalan bid’ah, khurafat, syirik, tak bersandar pada nas, ber’celoreng’kan unsur yang jelas bertentangan dengan agama dan sebagainya.
Jika kita teliti prinsip pelaksanaan hukum hudud, spesifiknya hukum bunuh untuk golongan yang murtad..DIMANAKAH KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM ISLAM? Islam bukan hanya satu agama tetapi ia adalah satu sistem sosial, satu manhaj kehidupan. Allah ciptakan Islam sebagai satu sistem yang terlalu sempurna dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia. SEGALA yang terkandung dalam ad-deen in sejajar dengan fakulti fikiran dan logik akal. SETIAP perintah dan arahan yang telah Allah tetapkan mempunyai hikmah dan rasional yang dapat difahami secara ilmiah tanpa diselit unsur menerima secara membuta tuli.
Mungkin ada yang membahaskan, dalam Islam terdapat perkara yang tak dapat diterjemah oleh akal dan minda manusia yakni perkara-perkara ghaib. Dan ada juga dari kalangan masyarakat menerima ajaran Islam secara membuta tuli tanpa melihat sendiri dalil dan nas yang mengusulkan amalan tersebut. Tidak dinafikan perkara ini subjektif terhadap kemampuan setiap individu. Jika kita lihat kaum tua di kampong misalnya, mereka mampu untuk menanamkan keyakinan terhadap ajaran Islam tanpa memerlukan hujjah-hujjah yang kukuh, maka itulah tahap mereka.
Tetapi, sekiranya timbul perasaan curiga dan was-was dalam hati seorang penganut Islam terhadap kebenaran agama Islam itu sendiri, wajib ke atasnya menghilangkan kecurigaan itu dengan menggunakan hujjah! Rentetan dari karakteristik Islam itu sendiri yang sejajar dengan logik akal dan fakulti fikiran, hujjah untuk setiap yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri AKAN MAMPU mengembalikan keyakinan didalam hatinya. DISINILAH TERLETAKNYA KEADILAN DAN KEBEBASAN ISLAM YANG TIDAK MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA. Islam itu ADIL kerana Allah mensyariatkan perkara yang mampu difahami dan dicapai oleh kemampuan akal fikiran manusia. Islam itu BEBAS kerana ia tidak merantai penganutnya dari mempersoalkan kerelevenan syariatnya dan seterusnya mencari hujjah untuk mencambahkan keyakinan! Disini juga terletaknya KERASIONALAN HUKUMAN BUNUH untuk golongan yang murtad!
Hujjah juga menjadi salah satu metode yang digunakan dalam al-Quran untuk menanamkan keyakinan terhadap perkara ghaib. Contohnya Allah menyuruh kita mengkritis kejadian alam bagi membuktikan kewujudan dan keagunganNya! Allah juga mencabar manusia untuk mencipta sebuah surah seperti dalam al-Quran bagi menanamkan keyakinan kita terhadap kebenaran kitab al-Quran itu sendiri! Al-Baqarah 23, 24
Berbalik pada diskusi dengan naqibah saya, dia mengatakan, “Kita memandang bahawa Yusuf al-Qaradawi mungkin silap dalam membuat ijtihad. Atau mungkin dia mengeluarkan ijtihad yang sesuai untuk masyarakat di tempatnya sahaja. Keadaan di Malaysia sungguh berbeza. Kita ada banyak institusi agama, sekolah agama, ramai ustaz dan ustazah tempat bertanyakan masalah agama dan sebagainya.”
Saya cuma mendiamkan diri pada ketika itu kerana saya tak mahu menjadi orang yang terlalu keras dalam menyuarakan pendapat. Saya mungkin benar dan mungkin juga salah. Namun secara peribadi saya masih tidak berpuas hati.
Cuba kita fokus pula terhadap ajaran Islam di Malaysia. Mungkin cukup jika saya sentuh sedikit sahaja kali ini.. dan saya berhasrat mengecilkan skop pada kes Alin….
Apakah ajaran Islam setakat tarawih di bulan Ramadhan atau pandai membaca Yassin ketika orang meninggal dunia? Apakah amalan islam sekadar sembahyang (ini pun tidak ditinjau lebih mendalam terhadap kefahaman dan kualiti solat itu sendiri) dan berpuasa? Apakah orang yang dibesarkan dengan konsep memakai tangkal dan menyembelih korban di kubur keramat wajar dipersalahkan apabila dia merasakan Islam bukanlah agama untuk golongan inteligensia? Apakah golongan yang bercita-cita mendalami ajaran Islam wajar dipersalahakan apabila sebarang kekeliruan/ persoalan yang timbul didiamkan dengan hadis palsu “Barangsiapa yang banyak bertanya maka gelaplah hatinya” ?
Masih banyak yang belum dibincangkan disini, insyaAllah in coming articles. Nantikan bagi meningkatkan kefahaman kita dalam agama. Rasanya kalau nak ditulis sekaligus, ibarat upload satu buku=) Saya mungkin benar dan saya mungkin salah, pendapat dan hujjah dialu-alukan!